Trade In

POV adalah singkatan kepada Pre-Owned Vehicle merupakan salah satu jabatan dibawah PERODUA SALES SDN BHD yang bertindak sebagai jabatan yang mengambil kereta pelanggan yang ingin trade-in kereta lama mereka untuk mengambil kereta Perodua yang baru.

Oleh kerana terlalu banyak penipuan didalam proses trade-in yang telah berlaku sebelum ini, maka PERODUA telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan POV untuk melindungi pelanggan PERODUA daripada menjadi mangsa penipuan semasa proses trade in.

TAWARAN HARGA YANG BERPATUTAN

Anda sentiasa mendapat harga yang berpatutan kerana kami sentiasa mengemas kini nilai tukar beli mengikut harga jualan pasaran kenderaan terpakai. Nilai tukar beli adalah berdasarkan keadaan semasa kenderaan lama anda.

MUDAH DAN MENYENANGKAN

Kenderaan lama anda boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan kenderaan baru Perodua. Anda hanya perlu serahkan kenderaan lama semasa mengambil kenderaan baru. Penyelesaian baki pinjaman sewa beli akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengambilan kenderaan baru anda.

TUKAR HAK MILIK SERTA-MERTA DAN SELAMAT

Kami menggunakan Sistem Tukar Milik Sementara (STMS), sistem talian yang membolehkan tukar milik kenderaan dilakukan dengan mudah daru cawangan Perodua. - Proses ini selamat serta cepat hanya dengan menggunakan Mykad dan cap jari sebagai pengesahan.

PENASIHAT PENILAI YANG BOLEH DIPERCAYAI

Semua penasihat penilai kami memilik kelayakan untuk membuat penilaian harga secara profesional. - Setiap penasihat penilaian kami terlatih, mempunyai pengetahuan mendalam serta kemahiran automotif untuk menilai kenderaan tanpa mengira jenama dan usia. -Penilaian harga tukar beli ini adalah PERCUMA.

PENAFIAN

Segala maklumat dalam website ini adalah hak milik sepenuhnya www.peroduasalesjb.com. Segala maklumat adalah benar mengikut fakta semasa

PERODUA SALES JB

Lot 64280 (PTD111435) Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750, Johor Bahru, Johor